Motorola pada tahun ini telah hadir dengan beberapa telefon pintar, dan kini nampaknya mereka sudah dalam perancangan untuk memperlihatkan satu lagi telefon pintar mercu mereka untuk 2018.
Melalui video acah yang telah dikeluarkan, Motorola kini menjadualkan sebuah pengumuman khas pada 2 Ogos kelak di Amerika Syarikat.
Motorola turut mengatakan mereka akan berkongsi kepada kaedah baru dalam berhubung, strim, muat-turun, panggilan video dan sebagainya. Secara kasar, Motorola seperti memberi petanda yang mana telefon pintar baru ini akan mengubah kaedah pengguna berinteraksi melalui telefon pintar mereka.
Apakah peranti yang bakal diumumkan masih menjadi tanda tanya. Namun, ramai yang menyasarkan yang mana ia berkemungkinan adalah Moto Z3.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 2 Ogos ini untuk melihat sendiri kejutan daripada pihak Motorola.