LG Akan Membekalkan 4 Juta Skrin OLED Untuk iPhone 2018

LG Akan Membekalkan 4 Juta Skrin OLED Untuk iPhone 2018

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Tahun lalu kesemua skrin OLED yang digunakan pada iPhone X dibekalkan oleh Samsung. Kerana monopoli mereka di dalam pengeluaran skrin OLED, harga yang ditetapkan adalah tinggi dan menjadi sebab mengapa peranti tersebut dijual pada harga yang mahal. Menurut laporan Bloomberg, tahun ini Apple memesan sehingga 4 juta skrin OLED dari LG yang merupakan pesaing kepada Samsung.

Dengan adanya persaingan di antara dua pembekal, Apple berharap kos penghasilan iPhone dengan skrin OLED dapat dikurangkan dalam masa terdekat. Menurut laporan yang sama, panel yang dipesan dari LG ini adalah sebesar 6.5 inci dan bakal digunakan pada iPhone X Plus yang merupakan model dengan skrin paling besar. Sekiranya kualiti panel yang dihasilkan memuaskan, Apple mungkin memesan lebih banyak lagi dari LG.

Buat masa ini LG masih belum mempunyai kemampuan menghasilkan OLED pada jumlah yang besar berbanding Samsung. Samsung pula tidak akan bergantung sepenuhnya pada Apple untuk pesanan skrin dan telahpun mula menawarkan skrin OLED dwi-lengkung mereka kepada Oppo, Huawei untuk peranti Mate dan Xiaomi.


TIPS & ULASAN