Line Bakal Membuka Pusat Perdagangan Kriptowang Bitbox Di Singapura – Akan Memperdagangkan Lebih Daripada 30 Jenis Kriptowang

Line Bakal Membuka Pusat Perdagangan Kriptowang Bitbox Di Singapura – Akan Memperdagangkan Lebih Daripada 30 Jenis Kriptowang

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Line Corporation ialah sebuah syarikat teknologi dari Jepun yang terkenal untuk aplikasi permesejan Line mereka yang terkenal di seluruh dunia. Syarikat tersebut dikatakan mempunyai pelan untuk membuka sebuah pusat perdagangan kriptowang baru.

Menurut CEO Line Corporation, Takeshi Idezawa, pusat perdagangan kriptowang ini, yang dinamakan Bitbox akan dibuka di Singapura, dan ia adalah sebuah laman web yang akan memperdagangkan lebih daripada 30 jenis kriptowang, termasuklah Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan sebagainya.

Pusat perdagangan kriptowang ini juga dikatakan akan hadir didalam 15 jenis bahasa, dan Bitbox hanya akan mengambil yuran perdagangan sebanyak 0.1 peratus untuk setiap transaksi, kecuali untuk pedagang dari negara Jepun dan Amerika Syarikat.

Bitbox akan dibuka pada bulan Julai kelak, dan juga akan hadir dengan aplikasi mudah alihnya sendiri untuk memudahkan pengguna untuk memperdagangkan kriptowang dimana-mana sahaja mereka berada.

Menariknya, perdagangan melalui Bitbox ini dikatakan hanya boleh berlaju diantara kriptowang sahaja, dan pertukaran kepada matawang fiat (matawang kertas) tidak dibenarkan.

Laman web ini juga tidak dihoskan di negara Jepun mahupun Amerika Syarikat kerana undang-undang yang diperketatkan di negara-negara ini selepas kes-kes kecurian kriptowang yang bernilai berjuta-juta dolar.

Dalam pada itu, Line juga menyatakan bahawa mereka sedang dalam proses untuk membina kriptowang mereka sendiri, yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai barang dan servis melalui aplikasi Line, tetapi buat masa ini masih tiada sebarang butiran khusus melalui matawang tersebut.


TIPS & ULASAN