Razer Melancarkan Papan Kekunci Huntsman Dan Huntsman Elite Dengan Suis Baharu Opto-Mekanikal

Razer Melancarkan Papan Kekunci Huntsman Dan Huntsman Elite Dengan Suis Baharu Opto-Mekanikal

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Di kalangan peminat permainan video, papan kekunci mekanikal menjadi pilihan kerana ia lebih reaktif kepada input yang diberikan. Pada masa yang sama suiz mekanikal lebih tahan lasak berbanding suis membran pada papan kekunci biasa. Dua suis ini menjadi standard sejak komputer mula dihasilkan berpuluh tahun yang lalu. Razer telah melancarkan dua papan kekunci yang menggunakan suis baharu opto-mekanikal.

Razer Hunstman dan Huntsman Elite ini dilengkapi suis mekanikal pada bahagian atas tetapi menggunakan sensor optikal infra merah untuk mengesan input pengguna. Menurut Razer ini menjadikan suis opto-mekanikal ini 30% lebih pantas mengesan input berbanding suis mekanikal sedia ada. Kerana sensor optikal digunakan, ia mampu bertahan sehingga 100 juta tekanan kekunci sepanjang hayat.

Kedua-dua papan kekunci ini menyokong sistem lampu RGB Razer Chroma pada kekunci dan keempat-empat sisi. Elite mempunyai butang tambahan mengawal sistem multimedia serta pelapik tangan yang bersambung secara magnetik. Pelapik tangan ini juga mempunyai sokongan Razer Chroma. Razer Huntsman dijual pada harga $150 (~RM 605) manakala Huntsman Elite pula pada harga $200 (~RM 807).


TIPS & ULASAN