Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Menjelang Jun 2019

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Menjelang Jun 2019

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Huawei sebelum ini telah mengatakan mereka bakal hadir dengan telefon pintar 5G pada 2019 kelak. Terkini, laporan lanjutan hadir mengatakan Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar mereka dilengkapi sokongan 5G menjelang pertengahan pertama 2019 kelak.

Sebelum pelancaran telefon pintar berkenaan, Huawei merancang untuk memperkenalkan cip 5G pada Mac 2019 kelak.

Rangkaian 5G dijangka menawarkan prestasi rangkaian yang lebih pantas berbanding 4G pada hari ini, sekaligus membolehkan peranti berhubung terus menjadi popular, selain kandungan seperti realiti-gabungan dan penstriman video semakin popular dikalangan pengguna.

Selain Huawei, beberapa pihak lain turut melihat untuk menjadi terawal memperkenalkan telefon pintar berasaskan rangkaian 5G mereka, termasuk Samsung dan OnePlus.


TIPS & ULASAN