(Konsep) iPad Pro Dengan Bingkai Nipis Dan Sokongan FaceID Diperlihatkan
Artikel Berkaitan

(Konsep) iPad Pro Dengan Bingkai Nipis Dan Sokongan FaceID Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

iPad adalah sebuah tablet dari Apple. Ia boleh dikatakan adalah salah satu tablet yang paling popular di dunia. Pada tahun ini, Apple hanya melancarkan iPad 9.7-inci edisi 2018 dengan sokongan Apple Pencil dan tiada langsung iPad dengan FaceID seperti ura-ura sebelum ini. Hari ini, satu konsep iPad Pro dengan bingkai nipis dan FaceID diperlihatkan.

Konsep iPad Pro ini dilihat mempunyai rekaan dengan bingkai nipis seakan iPhone X tetapi tanpa sebarang takuk. Ia turut memperlihatkan sokongan FaceID melalui kamera hadapan. Selain itu, buat pertama kalinya – konsep ini menunjukkan iPad dengan sistem dwi-kamera untuk sokongan mod potret. Lebih menarik, ia turut menunjukkan sokongan Continuity MacOS pada iPad. Continuity adalah sokongan menggunakan aplikasi iPhone pada MacOS.

Walaupun konsep iPad Pro ini dilihat sangat cantik dan menawan, konsep hanyalah satu konsep. Ia mungkin tidak akan menjadi realiti. Tetapi jika ia, ia adalah satu iPad yang pasti akan saya dapatkan untuk tujuan multimedia.


TIPS & ULASAN