BFM Membuat Pelaburan Pada Sistem Pengurusan Sumber Manusia – Kakitangan.com

BFM Membuat Pelaburan Pada Sistem Pengurusan Sumber Manusia – Kakitangan.com

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

BFM Capital, anak syarikat BFM Media kini dilihat telah membuat pelaburan strategik pada salah satu sistem pengurusan sumber manusia yang popular, iaitu Kakitangan.com.

BFM Kakitangan

Kakitangan menawarkan sistem pengurusan sumber manusia secara atas-talian, dan digunakan secara meluas oleh pelbagai syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana. Ia dikatakan sekitar lebih 10,000 syarikat yang menggunakan sistem berkenaan, termasuk untuk membuat permohonan cuti kerja dan sebagainya.

Pelaburan strategik ini turut memberikan kerusi ahli lembaga kepada pihak BFM Capital.

BFM sendiri sedia popular dengan penawaran kandungan memfokuskan perniagaan dan perusahaan. Pelaburan ini secara tidak langsung akan membolehkan mereka memperluaskan portfolio dalam arena sama, sekaligus terus membantu perusahaan kecil dan sederhana.

Buat masa ini, nilai pelaburan tidak diumumkan lagi oleh kedua-dua pihak.

Layari : Kakitangan


TIPS & ULASAN