Cari @ Amanz

Segway menghasilkan papan roda pada tahun 2001 tetapi ia tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana harga jualan yang terlalu mahal. Ia menjadi kenderaan dalam bangunan yang digunakan oleh pengawal keselamatan dan digunakan pelancong untuk bergerak dalam jarak yang dekat. Hanya dua tahun papan roda kembali popular tetapi mengalami masalah bateri yang mudah meletup pula.

Sebagai syarikat yang menjadi pelopor teknologi ini, Segway terus berinovasi bagi menghasilkan sistem pengangkutan mini yang boleh dipakai. Terkini mereka melancarkan Segway Drift W1 yang hanya dilengkapi satu roda pada setiap kaki. Ia berfungsi seperti sebuah kasut roda tetapi dengan motor elektrik. Ia akan mengimbang pemakai secara automatik seperti papan roda keluaran mereka. Kaki pengguna tidak diikat pada permukaan Drift W1. Bolehlah dikatakan kasut roda elektrik ini ialah sebuah papan roda tanpa sambungan di antara dua tayar.

Ia akan diperlihatkan secara rasmi di IFA 2018 yang berlangsung Ogos hadapan. Tiada maklumat mengenai kemampuan, spesifikasi dan harga diumumkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd