Cari @ Amanz

Mi Box adalah alat penstriman media yang ditawarkan pada harga mampu milik. Beberapa hari lepas, Mi Box 3 sudah pun menerima kemaskini Android TV Oreo dengan beberapa ciri dan fungsi baru. Terkini, tertiris adalah Mi Box 4 yang mungkin akan hadir dengan alat kawalan jauh dengan butang Netflix terbina.

Mi Box 4 telah dilancarkan di Cina pada beberapa bulan yang lepas. Namun, sehingga hari ini tiada versi global diperlihatkan. Informasi Mi Box 4 ini didapati daripada FCC dan ini bermakna versi global mungkin akan hadir tidak lama lagi.Menarik pada Mi Box 4 ini adalah ia hadir dengan alat kawalan jauh dengan butang Netflix terbina dan juga butang Google Assistant.

Alat kawalan jauh ini diperlihatkan melalui gambar manual pengguna Mi Box 4. Ini akan lebih memudahkan pengguna yang kerap menggunakan Netflix dan Google Assistant seperti saya sendiri.

Masih tiada lagi informasi jika ia akan hadir ke pasaran tempatan atau pun tidak, tetapi Mi Box 4 ini pada pendapat saya adalah satu alat penstriman media yang sangat baik dan berbaloi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd