“Seamless Update” adalah kemaskini yang hadir untuk peranti Android asli seperti siri Google Pixel. Ia adalah kemaskini yang dipasang melalui partition A/B dan pengguna boleh menggunakan peranti sambil kemaskini dipasang. Terkini, LG G7 ThinQ turut dimaklumkan menggunakan kemaskini “Seamless Update“.
Beberapa bulan lepas, OnePlus 6 dilaporkan adalah antara peranti OnePlus pertama dengan sokongan “Seamless Update“. Sejak “Project Treble” diperkenalkan, semakin banyak peranti menggunakan partition A/B. Sejak LG memaklumkan pusat penambaik perisian, peranti-peranti LG terkini dan yang lama mula menerima kemaskini yang pantas.
Sebagai peringatan, LG G7 ThinQ adalah peranti kelas utama LG yang dijana Snapdragon 845, RAM sebesar 4/6 GB dan storan dalaman sehingga 128 GB. Ia turut menyokong kali air IP68, pengecasan tanpa wayar dan juga sokongan quad-DAC dan sistem audio DTS:X 3D.