Google Calendar Menolak Jemputan Apabila Pengguna Bercuti Atau Di Luar Waktu Pejabat

Google Calendar Menolak Jemputan Apabila Pengguna Bercuti Atau Di Luar Waktu Pejabat

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Aplikasi Google Calendar kami gunakan setiap hari bagi melihat agenda kerja. Ini memudahkan proses merancang aktiviti harian, mingguan atau bulanan. Kemampuan Calendar telah ditambah dengan fungsi yang menolak jemputan yang diterima ketika bercuti atau di luar waktu pejabat.

Menerusi fungsi ini pengguna perlu terlebih dahulu menetapkan bilakah mereka bercuti. Mesej yang akan dipaparkan apabila jemputan ingin ditolak turut boleh dihantar. Calendar akan menolak kesemua jemputan yang diterima sepanjang tempoh bercuti.

Pengguna turut boleh menetapkan waktu bekerja setiap hari secara manual. Jika sekiranya ada jemputan acara di luar waktu pejabat ini juga dapat ditolak. Menarik sekali Calendar dapat mengesan waktu pejabat pengguna secara automatik berdasarkan pola terdahulu.

Dengan pengenalan dua fungsi baru ini, pengguna lebih mudah mengimbangi waktu kerja dan waktu peribadi. Mereka tidak akan lagi diganggu bebanan kerja tanpa henti kerana kita hidup di dunia yang sentiasa di atas talian.


TIPS & ULASAN