Nokia 6 (2018) Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Nokia 6 (2018) Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Nokia Malaysia hari ini telah hadir dengan video acah terbaru, memperlihatkan mereka bakal melancarkan telefon pintar Nokia 6 (2018) tidak lama lagi.

Nokia 6 (2018) hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan resolusi HD penuh, dijana cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Melengkapkan telefon pintar adalah kamera belakang 16-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Seperti beberapa peranti Nokia sebelum ini, ia turut hadir dengan Android 7.1.1 dengan antaramuka asli tanpa sebarang penambahan kosmetik.

Buat masa ini, tarikh rasmi pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN