Huawei P9 Dan Mate 8 Antara Tujuh Peranti Yang Akan Menerima Kemaskini Oreo Hujung Bulan Ini

Huawei P9 Dan Mate 8 Antara Tujuh Peranti Yang Akan Menerima Kemaskini Oreo Hujung Bulan Ini

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Penggunaan versi terkini sistem operasi memastikan peranti dapat menggunakan fungsi terkini dan mempunyai tampalan sekuriti bagi menutup kerentanan. Tujuh lagi peranti keluaran Huawei diumumkan akan menerima kemaskini Android Oreo pada 30 Jun hadapan di China. Peranti tersebut adalah Honor 8, Honor V8, Honor Note 8, Honor Play 6X, Huawei Mate 8, Huawei P9 dan Huawei P9 Plus.

Huawei Mate 8Ini disahkan sendiri oleh Huawei menerusi laman media sosial rasmi mereka di China. Dengan proses kemaskini mula diberikan di China, pengguna peranti-peranti ini di Malaysia pasti akan turut menerimanya dalam masa terdekat. Menarik sekali ialah kemaskini masih diberikan kepada Mate 8 yang sudah hampir tiga tahun dilancarkan. Ketika dilancarkan pada November 2015, ia menggunakan Android Marshmallow.


TIPS & ULASAN