Leica Melancarkan Leica L1 Dan L2 – Jam Tangan Mekanikal Premium Pertama Daripada Leica
Artikel Berkaitan

Leica Melancarkan Leica L1 Dan L2 – Jam Tangan Mekanikal Premium Pertama Daripada Leica

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Leica terkenal dalam menghasilkan lensa dan juga kamera. Ia adalah satu jenama klasik yang masih lagi terkenal sehingga hari ini. Sudah sekian lama mereka dalam bidang pengimejan – kini mereka cuba beralih ke arena baru dalam menghasilkan jam tangan mekanikal. Leica hari ini telah lancarkan Leica L1 dan Leica L2 – iaitu jam tangan mekanikal premium pertama daripada mereka.

Inspirasi rekaan kedua-dua jam tangan Leica ini adalah berdasarkan produk-produk kamera Leica. Jam tangan Leica ini diperbuat di Jerman dan dihasilkan oleh pakar jam yang terkenal.

Di bahagian hadapan jam, Leica menggunakan kaca kristal nilam tahan calar yang menyerupai bentuk lensa Leica. Panel belakang jam turut menggunakan kaca yang sama. Lebih menarik, kaca nilam kristal yang digunakan adalah tidak memantul. Membezakan model L1 dan L2 adalah, L2 mempunyai satu butang khas untuk membuat tetapan jam yang menghentikan semua jarum dan jarum akan bergerak semula selepas tetapan selesai dibuat. Selain itu, model L2 turut mempunyai fungsi yang menunjukkan siang atau malam.

Ia akan mula dijual di seluruh dunia pada musim luruh iaitu September. Ia akan dijual di semua kedai rasmi Leica dan pengedar-pengedar jam rasmi. Akan terdapat set edisi khas dengan nilam merah pada butang jam untuk kedua-dua model. Manakala khas untuk model L2, akan terdapat satu edisi emas ros 18 karat. Harga jualan masih lagi belum diketahui.


TIPS & ULASAN