Huawei Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Pada Tahun Ini

Huawei Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Dengan populariti pelbagai permua yang hadir ke peranti Android, pelbagai pengeluar turut hadir dengan peranti yang dioptimasikan untuk permainan video. Selepas Asus hadir dengan ROG Phone, Xiaomi dengan BlackShark dan Razer dengan Razer Phone, kini Huawei dilaporkan turut dalam persiapan untuk pelancaran sebuah telefon pintar khusus memfokuskan permainan video.

Perkara ini mungkin dijangka ramai, memandangkan Honor sendiri telah hadir dengan Honor Play. Melaluinya, Honor turut mengumumkan teknologi GPU Turbo – yang mana kita boleh turut lihat pada telefon permainan Huawei akan datang ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei akan mengumumkannya. Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN