Oppo Turut Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar – Oppo O-Free

Oppo Turut Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar – Oppo O-Free

Diterbitkan pada June 30, 2018 oleh .

Oppo sebelum ini telah mencuri perhatian ramai melalui Oppo Find X yang hadir dengan rekaan skrin menyeluruh dan bahagian kamera yang boleh disembunyikan secara mekanikal. Terkini, lanjutan daripadanya, Oppo turut hadir dengan sebuah aksesori baru yang merupakan sebuah fon telinga nirwayar.

Oppo O-Free

Dinamakan sebagai Oppo O-Free, fon telinga ini hadir dengan penggunaan cipset Qualcomm QCC3026, serta menyertakan sokongan teknologi TrueWireless Stereo yang membolehkan audio dimainkan pada bahagian kiri dan kanan tanpa lengah masa. Oppo mengatakan ia menawarkan masa penggunaan empat jam, selain kerangka yang hadir bersama dengannya yang boleh menawarkan masa tambahan selama 12 jam.

Fon telinga ini juga dikatakan hadir dengan sokongan terjemahan masa-nyata – namun, maklumat lanjut mengenainya masih samar-samar.

Buat masa ini, Oppo O-Free hanya diumumkan untuk pasaran China, dan akan dijual pada harga 699 Yuan, iaitu sekitar RM425.


TIPS & ULASAN