Carian
CIMB Dijangka Hadir Dengan Sokongan Pembayaran Nirtunai Berasaskan Kod QR
June 30, 2018 Aman

CIMB sebelum ini telah hadir dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan CIMB Pay. Melaluinya ia menggunakan sokongan pembayaran diterminal melalui teknologi NFC. Walaupun menarik, namun ia mengehadkan peranti yang boleh menggunakannya memandangkan tidak semua peranti yang menyokongn NFC.

Kini, kami mendengar beberapa desas-desus baru mengatakan CIMB sedang dalam persiapan untuk melancarkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan CIMB Pay QR.

Secara kasar, ia akan membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan hanya mengimbas kod QR – lebih kurang seperti mana yang dilakukan oleh Maybank QR Pay, dan beberapa perkhidmatan nirtunai yang lain. Memandangkan ia diuruskan oleh bank, maka beberapa kos transaksi akan diserap – berbeza dengan beberapa perkhidmatan dompet digital yang lain.

Info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Kami akan berkongsi lanjut sebaik sahaja mendengar mengenainya.

Komen