WhatsApp Group Hadir Dengan Ciri Seumpama Telegram Channel – Hanya Pentadbir Boleh Hantar Mesej

WhatsApp Group Hadir Dengan Ciri Seumpama Telegram Channel – Hanya Pentadbir Boleh Hantar Mesej

Diterbitkan pada June 30, 2018 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah menambah beberapa ciri-ciri baru seumpama Telegram. Kini, satu lagi ciri baru yang ditambah oleh WhatsApp pada aplikasi permesejan mereka adalah sokongan hanya pentadbir yang boleh menghantar mesej pada WhatsApp Group.

Dengan langkah ini, ia membawa kepada WhatsApp Group dengan komunikasi satu hala – sesuai untuk WhatsApp Group berkaitan berita dan perkongsian informasi.

WhatsApp Groups

Pada Telegram, ciri seumpama ini dinamakan sebagai Telegram Channel – dan popular digunakan oleh web seperti berita dan sebagainya dalam menyampaikan informasi terkini mereka terus kepada pengguna Telegram.

Untuk mengaktifkan ciri ini pada WhatsApp, pengguna hanya perlu ke sesuatu WhatsApp Group, buka “Group Info”, pilih “Group Settings > Send Messages”, dan pilih Önly Admins”.

Tetapan baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.


TIPS & ULASAN