Minggu ini Qualcomm amat sibuk melancarkan beberapa cip pemproses baru untuk telefon pintar dan peranti boleh pakai kanak-kanak. Semasa pelancaran Oppo O-Free semalam, sebuah lagi cip Qualcomm diumumkan khusus untuk kegunaan fon telinga Bluetooth.
Qualcomm QCC3026 ini direka kha untuk fon telinga Bluetooth kelas permulaan yang menggunakan tenaga yang rendah. Ia menyokong Bluetooth 5.0, sistem audio Qualcomm aptX dan Qualcomm TrueWireless. Menurut Qualcomm, penggunaan cip QCC3026 ini dapat mengurangkan penggunaan bateri sehingga 50% berbanding cip lain di pasaran. Ia telahpun dihasilkan dengan Oppo O-Free menjadi fon telinga nirwayar pertama yang menggunakannya,