Oppo Find X Akan Dijual Di China Dengan Harga Bermula Dari RM 3043

Oppo Find X Akan Dijual Di China Dengan Harga Bermula Dari RM 3043

Diterbitkan pada June 30, 2018 oleh .

Semasa dilancarkan di Paris tempoh hari, harga jualan untuk Oppo Find X di Eropah adalah Euro 999 (~RM 4713) sebuah. Ini ialah harga jualan yang ramai merasakan adalah terlalu mahal. Tetapi ramai mungkin tidak mengetahui peranti di Eropah dijual pada harga yang amat tinggi. Find X baru sahaja dilancarkan di China dan seperti diramalkan harga jualannya lebih rendah berbanding sebelum ini.

Oppo Find X dijual pada harga RMB 4999 (~RM 3043) untuk model dengan storan 128GB dan RMB 5999 (~RM 3652) untuk model dengan storan 256GB dengan pengecasan pantas SuperVOOC. Pada waktu yang sama Oppo Find X Lamborghini Edition pula dijual pada harga RMB 9999 (~RM 6087) sebuah. Pra-tempahan telah dibuka di China dan ia akan mula dijual secara terbuka pada 13 Julai hadapan.

Oppo Find X dilengkapi 6.4-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, storan mencapai 256GB, kamera utama 16+20 Megapixel, kamera swafoto 25 Megapixel dan bateri sebesar 3730mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan VOOC.

Oppo Find X Lamborghini edition pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma storan meningkat ke 512GB dan bateri yang mengecas dengan sistem Super VOOC.


TIPS & ULASAN