Cari @ Amanz

Menerusi dermaga DeX, sebuah telefon pintar Samsung boleh berubah menjadi sebuah komputer desktop apabila disambungkan kepada sebuah monitor. Antaramuka akan kelihatan seperti Windows dengan skrin peranti berubah menjadi sebuah pad sesentuh. Menurut laporan Sammobile, kelak DeX akan menyokong paparan dwi-monitor.

Ini akan dilakukan menerusi perisian dan “dwi-monitor” di sini bukanlah sambungan kepada dua monitor tambahan. Sebaliknya skrin peranti yang bersambung pada Dex akan menjadi skrin kedua. Peranti pertama yang dikatakan akan menyokong mod dwi-monitor ini ialah tablet Samsung Galaxy Tab S4. Skrin 10.5-inci pada Tab S4 akan dapat digunakan serentak dengan monitor yang disambungkan kepada DeX.

Menurut Sammobile lagi, Samsung akan kemudian menyokong mod yang sama pada peranti Galaxy S dan Galaxy Note yang disokong DeX. Fungsi baharu ini dipercayai akan diperlihatkan di IFA 2018 kelak serentak dengan pelancaran Tab S4.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd