Aplikasi Spotify Lite Hadir Ke Google Play Store

Aplikasi Spotify Lite Hadir Ke Google Play Store

Diterbitkan pada July 1, 2018 oleh .

Trend aplikasi bersaiz kecil dan ringan semakin popular akhir-akhir ini. Selepas Instagram Lite tempoh hari, kini ia dilihat satu lagi aplikasi berbentuk “Lite” hadir ke Google Play Store, iaitu Spotify Lite.

Melalui penyenaraian di Google Play Store, Spotify Lite dikatakan sebagai suatu ujian buat masa ini, dan ia terhad di bebrapa buah negara sahaja.

Spotify Lite

Seperti biasa, ia ditujukan untuk negara membangun, dan menawarkan saiz aplikasi yang sangat kecil. Ini bersesuaian dengan peranti Android dinegara-negara membangun yang menawarkan saiz storan kecil dan mempunyai akses internet yang terhad.

Spotify Lite juga dikatakan menawarkan penjimatan data berbanding versi biasa, disamping membolehkan pengguna memantau storan dan data yang digunakan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Spotify akan memperkenalkan aplikasi ini secara meluas kepada pengguna diseluruh negara – termasuk Malaysia.

Layari : Spotify Lite untuk Android


TIPS & ULASAN