Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan sedang membangunkan sebuah tablet Surface yang boleh dilipat dan membawakan saiz seumpama telefon pintar. Setelah beberapa bulan senyap mengenainya, kini laporan baru mengenainya hadir kembali ke arena web.

Dikenali dengan nama kod Andromeda, peranti ini dijangka hadir dengan rekaan dwi-skrin – dimana ia boleh dibuka untuk menjadi sebuah telefon pintar, atau dilipat dan dibawa kemana-mana dengan mudah dalam poket.

Peranti baru ini kelak dijangka akan membuka kepada arena perkomputeran serba baru, dan turut menyertakan input berasaskan stylus. Secara tidak langsung, ia akan menawarkan penggunaan seumpama sebuah buku – dimana pengguna boleh membuka ia, dan membuat input menggunakan stylus.

Microsoft dikatakan masih sedang membangunkannya secara rahsia di dalam syarikat mereka – selain turut memfokuskan kepada rekaan engsel yang merapatkan skrin apabila peranti berkenaan dibuka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan memperkenalkannya. Sekiranya ia dipasarkan kelak, berkemungkinan juga kita akan melihat ia dijana cip berasaskan ARM untuk masa penggunaan yang lama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penawaran peranti dwi-skrin daripada Microsoft ini – apatah lagi dengan pelbagai pengeluar yang turut sedang melihat ke arena lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd