Facebook Ingin Mendapatkan Hak Penyiaran EPL Di Beberapa Negara Asia Tenggara

Facebook Ingin Mendapatkan Hak Penyiaran EPL Di Beberapa Negara Asia Tenggara

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Dengan perkembangan arena internet, pelbagai syarikat berasaskan internet inginkan pengguna menghabiskan lebih masa pada platform mereka. Untuk tujuan berkenaan, pelbagai kandungan dan hak penstriman cuba didapatkan secara eksklusif untuk sesuatu platform.

Terkini, menurut Bloomberg, Facebook dilaporkan ingin mendapatkan hak penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) di beberapa buah negara asia tenggara. Antara negara yang dikatakan Facebook ingin mendapatkan hak penyiaran adalah termasuk di Thailand, Laos, Kemboja dan juga Vietnam.

Selain Facebook, BeIN Sports yang kini memegang hak berkenaan di rantau ini turut dijangka akan melakukan pembidaan.

Sekiranya Facebook memenangi hak berkenaan, mereka akan menerima hak eksklusif selama tiga tahun sekaligus turut berpeluang menjadikan Facebook sebagai hab yang dituju ramai peminat bola sepak di rantau ini.

Gergasi laman sosial berkenaan dijangka akan membuat pengumuman berkaitan dengan hal ini dalam beberapa minggu akan datang.


TIPS & ULASAN