Carian
Disney Menghasilkan Robot Yang Menggantikan Pelagak Ngeri Manusia
July 2, 2018 Effi Saharudin

“Jurutera imaginasi” ialah insan yang bertanggungjawab menghasilkan tarikan menarik di taman teman Disney. Setiap beberapa tahun zon baru akan dihasilkan bagi menarik perhatian orang ramai seperti zon Avatar dan Star Wars yang sedang dibina. Mereka walaupun menyedari animatronik yang digunakan sejak berdekad lamanya tidak lagi mengujakan pengguna.

Menggunakan manusia pula mendedahkan mereka kepada bahawa berulang kali ketika melakukan aksi bahaya. Oleh itu mereka telah menghasilkan animatronik yang mampu melakukan lagak ngeri seperti manusia. Animatronik ini mampu melakukan aksi akrobatik seperti manusia seperti summersault, balik kuang dan terbang seperti adiwira Marvel. Sistem giroskop dan motor elektrik digunakan bagi membolehkan animatronik lagak ngeri bergerak seperti manusia sebenar.

Kelebihan menggantikan animatronik dengan manusia ialah ia boleh melakukan aksi-aksi ngeri berulang kali tanpa menghadapi risiko kecederaan parah sekiranya berlaku kesilapan. Animatronik ini masih di dalam proses ujian tetapi ia berkemungkinan besar akan digunakan di taman tema Disney untuk melakukan aksi terbang Iron Man, Spider Man dan Captain America di masa hadapan.

Komen