Gboard Sedang Menguji “Smart Reply” Untuk Lebih Banyak Aplikasi Sosial Media

Gboard Sedang Menguji “Smart Reply” Untuk Lebih Banyak Aplikasi Sosial Media

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Gboard adalah aplikasi papan kekunci yang menarik dan banyak ciri dan fungsi berguna. Terbaru daripada Google adalah, mereka sedang menguji fungsi “Smart Reply” kepada lebih banyak aplikasi sosial media.

Sebelum ini Google ada mengatakan bakal membawakan ciri “Smart Reply” kepada lebih banyak aplikasi permesejan. Google turut ada mengatakan ia akan diintegrasi ke dalam Gboard. Kini, fungsi ini sudah mula diperlihatkan dengan menguji fungsi “Smart Reply” pada Gboard. Antara aplikasi yang sedang diuji adalah, Facebook Messenger, Facebook Messenger Lite, Google Allo, Google Hangouts, Snapchat, WhatsApp, dan WeChat.

Walaupun ciri ini menarik digunakan, buat masa ini ia hanya menyokong Bahasa Inggeris sahaja. Jika mesej atau kandungan emel yang berbahasa lain seperti Bahasa Melayu – ia akan memberi cadangan berdasarkan perkataan Bahasa Melayu yang ejaannya hampir seperti seperti Bahasa Inggeris. Sama-sama kita nantikan ciri menarik ini diintegrasikan secara rasmi dan penggunaan yang lebih stabil di masa akan datang.

 


TIPS & ULASAN