Kedai Atas Talian Gambar Stok 500px Marketplace Ditutup – Digantikan Dengan Platform Pengedaran Gambar Getty Images Dan China Visual Group

Kedai Atas Talian Gambar Stok 500px Marketplace Ditutup – Digantikan Dengan Platform Pengedaran Gambar Getty Images Dan China Visual Group

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

500px ialah sebuah galeri gambar atas talian yang cukup popular di kalangan jurugambar di seluruh dunia. Ramai diantara mereka yang menggunakan laman web ini untuk melesenkan gambar-gambar mereka dibawa lesen Creative Commons, dan melalui 500px Marketplace, mereka boleh menjual gambar-gambar mereka dengan cepat dan mudah.

Akan tetapi nampaknya itu semua sudah berakhir kerana 500px baru sahaja mengumumkan bahawa mereka sudahpun menutup laman web tersebut, dan menggantikannya dengan platform pengedaran gambar Getty Images dan juga China Visual Group.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana tidak lama dahulu, 500px telahpun menandatangani perjanjian perkongsian dengan Getty Images, manakala China Visual Group pula telah membeli syarikat 500px pada bulan Februari tahun ini.

Para pengguna 500px telah diberitahu sebelum ini bahawa 500px dan akan bekerjasama dengan Getty Images, dan mereka boleh memilih untuk terus menjual gambar-gambar mereka dengan Getty Images, ataupun tidak, dan boleh ke platform pengedar gambar yang lain.

500px mengumumkan lagi bahawa dengan penutupan 500px Marketplace, mereka akan menghentikan perlesenan Creative Commons untuk gambar-gambar yang dimuatnaikkan kepada 500px, dan pengguna-pengguna akan diberi pilihan untuk menjual gambar-gambar mereka samada di Getty ataupun China Visual Group.


TIPS & ULASAN