(Ura-ura) AMD Bakal Bekerjasama Dengan Ferrari Untuk Memperkenalkan CPU Threadripper Generasi Kedua
AMD

(Ura-ura) AMD Bakal Bekerjasama Dengan Ferrari Untuk Memperkenalkan CPU Threadripper Generasi Kedua

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

AMD dilihat bakal mengumumkan CPU kelas HEDT (High End Desktop) mereka, AMD Ryzen Threadripper di Itali pada penghujung bulan Julai. Apa yang menariknya ialah terdapat ura-ura yang hangat diperkatakan sekarang ini bahawa syarikat pembuat cip pemptrosesan daripada Amerika tersebut akan bekerjasama dengan Ferrari untuk acara tersebut.

Ura-ura daripada VideoCardz menyatakan bahawa bukan sahaja pelancaran tersebut akan berlaku di Itali, malah AMD juga sedang merancang untuk mengadakan lawatan ke kilang Ferrari di Modena dan juga ke trak lumba mereka di Maranello.

Ini bukanlah sesuatu yang aneh, kerana AMD dilihat menaja pasukan F1 Ferrari untuk beberapa tahun, dan dengan pelancaran CPU terpantas mereka setakat ini, akhirnya AMD sudahpun yakin untuk memasarkan CPU Threadripper tersebut dengan jenama seperti Ferrari.

Menurut VideoCardz lagi, acara pelancaran CPU AMD Threadripper 2000 bakal berlangsung pada penghujung bulan Julai ini. Tarikh dan lokasi acara tersebut masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN