Tesla Dilihat Sangat Hampir Sasaran Membina 5000 Buah Kereta Tesla 3 Dalam Masa Seminggu

Tesla Dilihat Sangat Hampir Sasaran Membina 5000 Buah Kereta Tesla 3 Dalam Masa Seminggu

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Beberapa minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa pihak Tesla sedang berusaha keras untuk menepati janji mereka untuk membina 5000 buah kereta Tesla Model 3 dalam masa seminggu.

Pada waktu tersebut, mereka dikatakan sedang membina 3500 buah kereta Tesla Model 3 setiap minggu, dan semenjak waktu tersebut, mereka telah melakukan pelbagai pengubahsuaian pada kilang mereka di Fremont, California.

 

Ini termasuklah membina khemah di kawasan tempat letak kereta untuk membina kereta, pengubahsuaian kepada robot-robot pembina mereka, dan juga para pekerja yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan syarikat tersebut dapat mengotakan janji yang dikatakan oleh Elon Musk untuk menyiapkan 5000 buah kereta seminggu pada penghujung bulan Jun 2018.

Menariknya, Elon Musk berkata bahawa mereka tidak akan berhenti di situ sahaja, dan akan terus meningkatkan jumlah pengeluaran kereta Tesla 3 kepada 6000 buah kereta pada bulan hadapan.

Pencapaian ini boleh dikatakan cukup hebat kerana jumlah pengeluaran kereta ini keluar selari dengan pengeluaran kereta-kereta Tesla S dan X sebanyak 7000 buah seminggu.


TIPS & ULASAN