Pengguna Vivo Nex Melaporkan Masalah Kamera Swafoto Ternaik Dengan Sendiri

Pengguna Vivo Nex Melaporkan Masalah Kamera Swafoto Ternaik Dengan Sendiri

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Vivo Nex mengejutkan dunia dengan menghasilkan sebuah telefon pintar hampir skrin penuh tanpa kamera hadapan pada kawasan skrin. Untuk menjadikannya satu realiti, Vivo memilih untuk menyembunyikan kamera hadapan melalui sebuah bahagian pop-up pada bahagian atas. Terbaru, pengguna Vivo Nex melaporkan masalah kamera swafoto ini ternaik dengan sendirinya.

Pengguna dari Weibo ini menyedari masalah ini apabila menggunakan aplikasi Telegram. Lebih mengejutkan adalah, aplikasi Telegram itu tidak diberikan langsung akses kebenaran untuk menggunakan kamera. Sebaik sahaja pengguna ini masuk ke dalam tetingkap perbualan Telegram – kamera swafoto Vivo Nex ternaik dengan sendirinya.

Selepas isu ini viral di Weibo, pihak Vivo turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan – sistem peranti Vivo mempunyai kawalan yang ketat dan ada kalanya ada akses kebenaran yang dimatikan. Ini mungkin bermakna hanya satu masalah di dalam aplikasi dan sistem operasi dan bukannya perkakasan.


TIPS & ULASAN