Huawei Nova 3e Kini Ditawarkan Dalam Warna Emas Merah Jambu Di Malaysia

Huawei Nova 3e Kini Ditawarkan Dalam Warna Emas Merah Jambu Di Malaysia

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Peranti Huawei Nova 3e memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada 25 Mei yang lalu. Ketika dilancarkan ia hanya ditawarkan dalam warna hitam dan biru. Hari ini sebuah lagi pilihan baru diberikan ialah warna emas merah jambu. Seperti model yang lain, model emas merah jambu ini dijual pada harga RM 1320 sebuah.

Huawei Nova 3e dilengkapi dengan skrin 5.84 inci LTPS LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses HiSilicon Kirin 659, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 128GB. Pada bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 24-Megapixel f/2.o manakala kamera utama di bahagia belakang pula 16+2 Megapixel f/2.2. Sebuah bateri sebesar 3000mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN