Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Dilengkapi S-Pen Dengan Sokongan Bluetooth Untuk Mengawal Sistem Audio

Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Dilengkapi S-Pen Dengan Sokongan Bluetooth Untuk Mengawal Sistem Audio

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 akan dilancarkan pada 9 Ogos hadapan. Seperti biasa sebelum pelancaran peranti pelbagai ura-ura mula didengari mengenai fungsi baharu yang bakal diperkenalkan. Kali ini fungsi baharu dipercayai akan ditemui pada stylus S-Pen yang mempunyai sokongan Bluetooth.

Butang pada S-Pen dipercayai boleh menjadi suis bagi mengawal permainan muzik ataupun menjadi butang kawalan kamera jarak jauh. Ini besar kemungkinan akan menyebabkan S-Pen baharu dilengkapi bateri yang perlu dicas. Ini adalah perubahan paling besar dilakukan ke atas S-Pen sejak Galaxy Note diperkenalkan lapan tahun yang lalu.

Stylus yang mempunyai rekaan yang hampir sama dengan spekulasi terkini ini ialah ThinkPad Pen Pro yang digunakan pada komputer riba Lenovo ThinkPad X1 Yoga. Stylus ini menggunakan teknologi Wacom AES (active electrostatic) dan dilengkapi bateri. Bateri terbina akan dicas setiap kali stylus disimpan semula ke dalam komputer riba. Rekaannya sedikit lebih tebal berbanding S-Pen. Semua ini masih lagi spekulasi dan kami yakin lebih banyak maklumat mengenainya bakal tertiris.


TIPS & ULASAN