Vivo Z1i Dilancarkan Dengan Spesifikasi Lebih Rendah Berbanding Vivo Z1

Vivo Z1i Dilancarkan Dengan Spesifikasi Lebih Rendah Berbanding Vivo Z1

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Vivo Z1 dilancarkan pada bulan Mei yang lalu adalah sebuah peranti kelas pertengahan berskrin takuk dan kamera swafoto bersaiz besar. Hari ini Vivo Z1i pula dilancarkan dengan spesifikasi yang lebih rendah. Perbezaan terletak pada pemproses Snapdragon 660 digantikan dengan Snapdragon 636 dan kamera hadapan 24-Megapixel digantikan pula dengan kamera hadapan 16-Mengapixel.

Spesifikasi lagi Vivo Z1i ialah skrin 6.26″ LCD FHD+ bertakuk, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama sebesar 13+2 Megapixel, dan bateri sebesar 3260 mAh. Sistem operasi Android 8.1 digunakan dengan pelancar Funtouch OS 4.0. Terdapat sokongan imbasan cap jari dan imbasan wajah pada peranti ini. Di China Vivo Z1i dijual pada harga RMB 1898 (~RM 1152) dalam pilihan warna hitam dan merah.


TIPS & ULASAN