Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan promosi baru untuk para pembeli yang ingin mendapatkan Galaxy S9 atau Galaxy S9+. Promosi dinamakan Yearly Upgrade Program membawakan beberapa penawaran menarik melaluinya dengan hanya membayar tambahan RM100.

Samsung Galaxy S9

Antaranya adalah termasuk, sekiranya anda memilih untuk membeli dibawah program bayaran ansuran selama 12 bulan, anda akan berpeluang untuk mendapatkan ansuran percuma untuk bulan pertama, selain perlindungan skrin percuma bernilai RM140.

Disamping itu, menariknya Samsung juga akan memberikan diskaun 10% untuk pembelian siri Galaxy S yang seterusnya yang bakal hadir tahun hadapan.

Samsung Malaysia YUP

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan diskaun 10% berkenaan, ia hanya tertakluk untuk pembelian telefon pintar Galaxy S seterusnya selepas tempoh sekitar 13 bulan selepas pembelian Galaxy S9 ini.

Samsung Malaysia menawarkan promosi baru ini sehingga 2 September kelak. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan siri Galaxy S tahun ini yang hadir dengan sokongan dwi-kamera, AR Emoji dan sejumlah ciri menarik lain, mungkin boleh menyemak promosi baru ini daripada Samsung Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd