Sistem Menampal Kebocoran Kapal Rekaan TLDM Mendapat Pengiktirafan Tertinggi Di RIMPAC 2018

Sistem Menampal Kebocoran Kapal Rekaan TLDM Mendapat Pengiktirafan Tertinggi Di RIMPAC 2018

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Anggota tentera menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman. Malaysia ialah negara yang membeli peralatan peperangan mereka dari negara luar dan rekaan tempatan jarang sekali memasuki inventori cabang-cabang ketenteraan negara. Di eksesais ketenteraan RIMPAC 2018 (Rim of The Pasific) yang berlangsung di Hawaii, satu rekaan TLDM telah menerima pengiktirafan tertinggi.

Ciptaan yang mendapat tempat pertama ini ialah Floating DC (Damage Control) Bag. Beg kawalan kerosakan ini mengandungi kesemua peralatan yang diperlukan bagi menampak kebocoran pada kapal. Berbeza dengan kit yang digunakan sebelum ini. Flaoting DC Bag terapung bagi memudahkan proses penampalan dilakukan ketika kompartmen kapal mula dipenuhi air. Terdapat jalur pantulan bagi membolehkannya dilihat di dalam keadaan gelap. Kerana ianya terapung, ia turut boleh menjadi pelampung untuk menyelamatkan nyawa.

RIMPAC ialah eksesais ketenteraan terbesar di dunia dan dilangsungkan setiap dua tahun. Tahun ini tentera laut dari 26 negara mengambil bahagian dengan Malaysia diwakili oleh KD Lekiu. Floating DC Bag ini mengalahkan tujuh lagi pasukan dari empat negara lain. Pasukan Tentera Laut India dipilih sebagai naib juara manakala wakil Tentera Laut Republik Korea mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada TLDM.


TIPS & ULASAN