Telekom Malaysia Menjadualkan Acara Media Khas Esok – Apakah Bawang Yang Bakal Dikupaskan?

Telekom Malaysia Menjadualkan Acara Media Khas Esok – Apakah Bawang Yang Bakal Dikupaskan?

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah menghantar jemputan media untuk sebuah acara khas yang dijadualkan petang esok. Maklumat mengenai apakah yang bakal diumumkan masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

TM sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk inisiatif kerajaan dalam mengurangkan harga pakej jalur-lebar, selain menawarkan akses internet lebih pantas. Malah, beberapa bulan lepas, ia telah kedengaran yang mana TM dalam perancangan untuk hadir dengan penawaran produk jalur-lebar baru untuk pengguna.

Namun, ia masih tidak diketahui apakah yang bakal diumumkan syarikat telekomunikasi gergasi berkenaan secara rasminya esok. Berkemungkinan juga ia tidak berkait dengan pengumuman produk baru – memandangkan tiada sebaranh promosi dan gambar acah yang dikongsikan mereka sebelum acara media ini.

TM menjadualkan acara media khas ini selepas harga saham mereka sedikit jatuh pada minggu lepas – lanjutan pengumuman pengurangan harga jalur lebar sehingga 25% menjelang penghujung tahun ini.

Apa pun, selepas promosi yang hanya hadir dengan sebuah iklan raya sebelum, mungkin kita jangan menjangkakan sesuatu yang besar daripada TM. Sama-sama kita nantikan kejutan pihak TM esok.


TIPS & ULASAN