Cari @ Amanz

HTC pada suatu ketika dahulu adalah salah satu pengeluar peranti yang bersaing sengit dengan Samsung dalam penawaran peranti Android. Walaubagaimanapun, dari tahun ke tahun, populariti mereka merudum disebabkan oleh beberapa penawaran produk yang kurang menarik perhatian pengguna – dan kini dilihat terus menghadapi masalah.

Terkini, hari ini HTC mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sekitar 1,500 pekerja mereka daripada bahagian pengeluaran dalam usaha mengembalikan syarikat mereka menjadi untung.

Bersama-sama dengan penghentikan pekerja ini, HTC juga akan turut melakukan penstrukturan semula untuk syraikat mereka supaya lebih efisyen lagi.

Secara kasarnya, penghentian ini melibatkan sekitar 22% daripada keseluruhan syarikat HTC berkenaan.

Sebelum ini, HTC turut telah menjual sebahagian pasukan mereka yang terlibat dalam pembangunan peranti Pixel kepada Google pada nilai $1.1 bilion.

Walaupun dengan masalah kewangan ini, HTC turut mengesahkan yang mana mereka masih komited dalam arena peranti mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd