Kelajuan Internet Digi Postpaid 80/100 Infinite Ditingkatkan 2 Kali Ganda Secara Percuma

Kelajuan Internet Digi Postpaid 80/100 Infinite Ditingkatkan 2 Kali Ganda Secara Percuma

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Digi sebelum ini telah hadir dengan penawaran pakej internet tanpa had dinamakan Digi Postpaid 80 Infinite dan juga Digi Postpaid 100 Infinite. Melaluinya, pengguna boleh menikmati internet tanpa had – namun akses kelajuan internet diterhadkan kepada hanya 5Mbps.

Terkini, Digi dilihat akan melakukan penaik-tarafan untuk pakej berkenaan. Melalui SMS yang telah mula dihantar kepada pengguna Digi, syarikat telekomunikasi berkenaan mengatakan kelajuan internet untuk pelan berkenaan akan ditingkatkan dua kali secara percuma.

Ini bermakna, pengguna pelan Digi Postpaid 80 Infinite dan Postpaid 100 Infinite akan dapat menikmati kelajuan mencapai 10Mbps secara percuma berbanding dengan 5Mbps sebelum ini.

Kelajuan ini akan ditingkatkan mulai 7 Julai 2018 ini, iaitu bermula penghujung minggu ini.


TIPS & ULASAN