Raifal Laser ZKZM-500 Boleh Membakar Musuh Dari Jarak 800 Meter

Raifal Laser ZKZM-500 Boleh Membakar Musuh Dari Jarak 800 Meter

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Raifal laser ialah senjata yang kerap kali hanya dilihat di dalam filem aksi fiksyen dan kartun popular. Tetapi dengan kemajuan teknologi semasa, ia kini telah menjadi realiti kerana dibangunkan oleh negara-negara maju dunia. China kini mempunyai raifal laser ZKZM-500 yang boleh membakar musuh dari jarak 800 meter

Raifal seberat 3 kilogram ini dibangunkan oleh Xian Institute of Optics and Precision Mechanics dan dalam ujian yang dilakukan menyebarkan “kesakitan melampau” pada permukaan kulit yang ditembak. Setiap raifal dilengkapi bateri Li-Ion yang membolehkannya menembak sebanyak 1000 kali setiap satunya selama dua saat.

ZKZM-500 tidak direka untuk membunuh. Tujuan utama ianya direka ialah untuk operasi menyelamatkan tebusan atau misi anti keganasan. Ia boleh menambak menembusi cermin tanpa menghasilkan sebarang bunyi atau dilihat dengan mata kasar. Secara teorinya ia boleh menembak tangki minyak bagi menghasilkan letupan. Pihak Xian Institute of Optics and Precision Mechanics bercadang menghasilkan setiap raifal pada harga RMB 100,000 (~RM 61600) selaras.

Apa yang dibangunkan oleh China ini berbeza sekali dengan pendekatan Amerika Syarikat. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, AS membangunkan senjata laser untuk kegunaan pada kenderaan berperisai dan pesawat tempur serta helikopter untuk tujuan menangkis serangan musuh.


TIPS & ULASAN