Pengecas Pantas iPhone Dengan Sambungan USB-C Tertiris
Artikel Berkaitan

Pengecas Pantas iPhone Dengan Sambungan USB-C Tertiris

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Ura-ura pengecas pantas akan akhirnya disertakan dengan setiap pembelian iPhone 2018 mula didengari sekitar dua bulan yang lalu. Lukisan CAD pengecas ini pula tertiris juga turut tertiris . Paling menarik mengenai pengecas baru ini ialah saiznya yang padat dan ia menggunakan sambungan USB-C.

Hari ini imej pengecas ini pula tertiris ke arena web mengesahkan ia menggunakan sambungan USB-C. Sambungan kepada iPhone masih lagi dipercayai menggunakan Lightning dan sambungan USB-C ini hanya pada tubuh pengecas. Ini membolehkan Apple menjual kabel pengecas iPhone yang akhirnya boleh disambungkan kepada MacBook model terkini yang hanya dilengkapi port USB-C.

Akhir sekali ia boleh mengecas pada kadar 15W  (5V/3A) atau 18W (9v/2A). Sekiranya imej ini terbukti benar, pemilik iPhone X dan iPhone 8 tidak perlu lagi membawa pengecas 20W MacBook untuk menikmati pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN