iPhone 2018 Akan Dilengkapi 4GB RAM Dan 10% Lebih Pantas Menurut Geekbench

iPhone 2018 Akan Dilengkapi 4GB RAM Dan 10% Lebih Pantas Menurut Geekbench

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Tinggal sekitar dua bulan sahaja lagi sebelum model terkini iPhone dilancarkan secara rasmi. Pelbagai ujian pastinya sedang dilakukan oleh Apple sebelum ia boleh dipasarkan. Kerap kali maklumat mengenai peranti terkini akan ditemui di laman penanda aras dan dari apa yang dapat dilihat di bawah, besar kemungkinan iPhone 2018 akan dilengkapi RAM sebesar 4GB.

Peranti yang menggunakan nama iPhone 11.2, turut dilengkapi pemproses Apple A12 yang mempunyai enam teras. Ia mencatatkan 4673 markah dalam ujian satu teras dan 10912 markah dalam ujian multi teras. Sebagai perbandingan Apple A11 Bionic mencatatkan 4206 markah dalam ujian satu teras dan 10128 markah dalam ujian multi teras.

Peningkatan prestasi hanya sebanyak 11% untuk satu teras dan 8% untuk multi teras.Ini mungkin peningkatan yang kecil tetapi pemproses Apple A11 Bionic masih jauh di hadapan Exynos 9810 yang merupakan pemproses paling berkuasa digunakan pada peranti Android setakat ini. Markah yang dicatatkan ini hanyalah pada peranti ujian. Terdapat kemungkinan ia akan meningkat dengan pengoptimasian sebelum pelancaran.

Yang pasti penggunaan RAM sebesar 4GB adalah paling menarik kerana dapat menyelesaikan masalah aplikasi yang harus disegar semula pada iOS. Ini walaubagaimanapun masih kecil jika dibandingkan dengan peranti kelas pertengahan Android yang kini sudah mula dilengkapi 6GB RAM.


TIPS & ULASAN