Instagram hari ini mengumumkan sebuah ciri baru yang dinamakan sebagai “You’re All Caught Up”. Melaluinya, aplikasi Instagram akan memaparkan mesej berkenaan apabila anda telah melihat keseluruhan perkongsian daripada rakan-rakan anda untuk tempoh 48 jam yang lepas.
Dengan pengenalan ciri baru ini juga, Instagram ingin anda mengetahui bila anda sudah melihat keseluruhan perkongsian – dan pada masa yang sama bila anda perlu berhenti menatal garis masa perkhidmatan sosial berkenaan.
Instagram mengatakan ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna di iPhone dan Android bermula hari ini.