Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Tab S4 Tertiris

Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Tab S4 Tertiris

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Tablet Samsung Galaxy Tab S4 dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos ini di IFA. Ia adalah sebuah tablet dengan skrin 10.5″ dan terdapat laporan ia menyokong Samsung DeX. Menarik sekali apabila di dalam mod desktop ini, skrin tablet masih berfungsi sekaligus membolehkan pengguna mempunyai dua monitor serentak. Imej pengolokan Tab S4 telah tertiris dan kelihatan seperti di bawah.

Dari segi rekaan perkara pertama yang disedari ialah bezel yang lebih nipis berbanding tablet Samsung terdahulu. Butang home merangkap pengimbas cap jari juga tidak disertakan. Pada bahagian belakang tiada pengimbas cap jari seakan memberikan petunjuk ia mungkin dilengkapi sistem imbasan wajah sepenuhnya atau pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Ura-ura yang didengari mengatakan ia dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB dan bateri sebesar 7300 mah. Tinggi sebulan sahaja lagi sebelum ia dilancarkan. Persoalannya sekarang masih wujudkah pasaran untuk tablet Android?


TIPS & ULASAN