Nokia 6 (2018) Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1100
Aman
Nokia Mobile Malaysia sebelum ini telah hadir dengan gambar acah yang memperlihatkan telefon pintar Nokia 6 (2018) atau turut dikenali sebagai Nokia 6.1 akan hadir ke pasaran tempatan. Kini, beberapa penjual telah pun mula menawarkan peranti berkenaan untuk pengguna yang berminat.

Nokia 6 (2018) hadir dengan skrin 5.5-inci pada paparan resolusi HD penuh, dijana cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia hadir dengan kamera belakang 16-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar dengan sistem Android asli ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM1100 daripada beberapa pengedar rasmi di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.