Cari @ Amanz

MediaTek adalah syarikat yang mengeluarkan cip untuk kegunaan peranti-peranti pintar. Antara cip yang dihasilkan adalah modem rangkaian. Untuk iPhone generasi akan datang – MediaTek mungkin adalah pembekal modem 5G kedua mereka.

Ini adalah sejajar dengan apa yang kami laporkan tahun lepas di mana Apple akan berhenti menggunakan cip daripada Qualcomm dan akan mengggantikan dengan Intel ataupun MediaTek.

Pihak MediaTek sudah pun sedia untuk menjadi pembekal modem 5G untuk iPhone akan datang. Untuk iPhone keluaran 2018, 70% sumber modem adalah daripada Intel.

Kebanyakan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia akan mula memperkenalkan rangkaian 5G bermula awal tahun 2019. Disebabkan rangkaian 5G ini masih baru – Apple hanya mungkin akan menggunakan modem 5G pada iPhone selepas ianya lebih stabil dan meluas. Beberapa penganalisa mengatakan iPhone dengan modem 5G mungkin akan hadir seawal tahun 2020.

Buat masa ini, cip yang MediaTek bekal untuk Apple adalah cip WiFi untuk pembesar suara pintar mereka Apple HomePod.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd