Oppo Find X Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Oppo Find X Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Peranti dengan rekaan paling unik 2018 mungkin adalah Oppo Find X. Ia mempunyai sistem kamera yang melungsur ke atas apabila diperlukan dan sistem imbasan wajah secara tiga dimensi. Sejak diumumkan di Paris pada penghujung bulan lalu, ramai yang menantikan kemasukannya ke pasaran Malaysia. Pihak Oppo Malaysia hari ini mengesahkan ia akan ke pasaran tempatan tetapi tiada tarikh pelancaran dan harga jualan dikongsi buat masa ini.

Oppo Find X dilengkapi 6.4-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, storan 128/256GB, kamera utama 16+20 Megapixel, kamera swafoto 25 Megapixel dan bateri sebesar 3730mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan VOOC.

Di China peranti ini telah dilancarkan pada harga bermula dari RMB 4999 (~RM 3043) sebuah. Bagaimana dengan pembaca Amanz adakah anda teruja dengan pelancarannya kelak? Kami menyedari Find X mendapat reaksi positif dari anda kerana ia tidak menggunakan skrin bertakuk.


TIPS & ULASAN