Cari @ Amanz

Di media sosial, jika seseorang itu bergaduh atau tidak menggemari antara satu sama lain – pasti akan disekat dan mereka tidak dapat akses atau lihat apa yang kita terbit, kicau atau juga muat naik. Baru-baru ini, Facebook mengeluarkan kenyataan di mana seramai 800,000 pengguna terkesan dengan pepijat yang menyah-sekat rakan-rakan yang telah disekat.

Rakan Facebook yang telah dinyah-sekat secara automatik itu dapat melihat segala aktiviti Facebook yang diterbit secara awam. Pepijat ini berlangsung daripada 29 Mei 2018 sehingga 5 Jun 2018. Sebanyak 85 peratus pengguna yang hanya menyekat seorang – pepijat ini akan terkesan kepada mereka.

Pepijat ini secara tidak langsung akan membuatkan seseorang pengguna Facebook itu berasa tidak tenang, gelisah, atau juga perasaan janggal jika rakan yang telah disekat itu cuba hubungi mereka atau ganggu mereka.

Menurut Facebook, pepijat ini telah pun dibaiki dan semua rakan Facebook yang dinyah-sekat telah disekat semula. Agak janggal, perkara yang sudah berlangsung sebulan lalu – baru hari ini Facebook mengeluarkan kenyataan rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd