Illegear Mengemaskini Laptop Gaming Laguna Dan Z7 Mereka Dengan CPU Intel Generasi Kelapan Coffee Lake-H

Illegear Mengemaskini Laptop Gaming Laguna Dan Z7 Mereka Dengan CPU Intel Generasi Kelapan Coffee Lake-H

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Illegear ialah jenama komputer desktop dan laptop tempatan yang mensasarkan pembuatan peranti untuk golongan gamer. Terkini, mereka dilihat mengemaskini dua daripada laptop-laptop gaming mereka, iaitu Illegear Laguna dan Illegear Z7 dengan CPU Intel generasi kelapan terbaru Coffee Lake-H.

Illegear Laguna

Illegear Laguna merupakan sebuah laptop dengan paparan bersaiz 15.6 dengan resolusi Full HD 1920×1080. Ia dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 8GB yang boleh dinaiktarafkan sehingga 32GB dan juga sokongan untuk storan SSD M.2 2280 dan sebuah SSD ataupun cakera keras 2.5 inci dengan sambungan SATA III.

Dari segi pilihan kad grafik pula, pengguna boleh memilih untuk menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB ataupun kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB

Illegear Z7 pula sebuah laptop gergasi dengan paparan skrin bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080. Sama seperti Illegear Laguna, laptop Z7 ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 32GB dan storan SSD M.2 2280 bersama-sama dengan cakera keras ataupun SSD 2.5 inci.

Dari segi kad grafik, Illegear Z7 hadir dengan pilihan NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti 4GB dan NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB.

Menurut laman web Illegear, harga jualan laptop gaming Illegear Laguna bermula dari RM6339,manakala laptop Illegear Z7 bermula dari RM5599.

Layari laman web Illegear Laguna

Layari laman web Illegear Z7


TIPS & ULASAN