Prototaip OnePlus 6 Dengan Pelbagai Pilihan Warna Berbeza Diperlihatkan

Prototaip OnePlus 6 Dengan Pelbagai Pilihan Warna Berbeza Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

OnePlus adalah anak syarikat BBK Elektroniks yang sama dengan Oppo dan juga Vivo. Jadi tidak hairan jika ada elemen rekaan yang hampir sama digunakan. Melalui PCMAG baru-baru ini, prototaip OnePlus 6 – iaitu model terkini OnePlus diperlihatkan.

OnePlus 6 adalah model OnePlus yang kedua yang menggunakan panel kaca di belakang selepas OnePlus X. Dalam video daripada PCMAG ini – prototaip OnePlus 6 dilihat mempunyai pelbagai pilihan warna. Terdapat juga warna yang seakan Twilight yang hadir pada Huawei P20. Lebih mengejutkan, terdapat satu model dilihat, tiada bicu audio. Ini mungkin akan jadi realiti pada model OnePlus akan datang.

Terdapat juga satu model prototaip yang dilihat menggunakan panel gentian fiber. Ia mungkin adalah model dengan kemampuan panel belakang yang boleh ditanggalkan seperti OnePlus One dan OnePlus 2.

Tahun lepas, sebelum OnePlus 5 dilancarkan – prototaip model ini juga turut diperlihatkan. Rekaan seakan Huawei P10 juga turut terlihat.

Sumber: Android Authority, melalui PCMAG.


TIPS & ULASAN