Xiaomi Berkongsi Senarai 28 Peranti Yang Akan Menerima MIUI 10
Artikel Berkaitan

Xiaomi Berkongsi Senarai 28 Peranti Yang Akan Menerima MIUI 10

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Xiaomi memperlihatkan antaramuka baharu MIUI 10 ketika pelanaran Mi 8 pada penghujung bulan Mei yang lalu. Ia membawakan fungsi menarik seperti integrasi kecerdasan buatan yang lebih menyeluruh.

MIUI10Namun sekiranya adan membeli Mi 8 edisi global, anda akan menyedari ia masih lagi menggunakan antaramuka MIUI 9. Bagi pengguna ROM global, penantian akan berakhir kerana ujian MIUI 10 Beta akan berakhir hujung bulan ini dan kemaskini ke antaramuka baru akan menyusul.

Pihak Xiaomi menerusi forum rasmi telahpun berkongsi senarai 28 peranti yang akan menerima MIUI 10. Senarai ini hanyalah untuk peranti ROM China sahaja buat masa ini. Kita hanya boleh mengharap peranti global akan turut menerimanya. Menarik sekali peranti dari keluarga Mi 4 yang sudah agak berusia turut tersenarai tetapi Redmi 6 yang baru dilancarkan tidak disertakan. Tiada tarikh bilakah setiap peranti akan menerima kemaskini buat masa ini.

  1. Mi 4c
  2. Mi 4s
  3. Mi 5
  4. Mi 5c
  5. Mi 5s Plus
  6. Mi 5X
  7. Mi 6
  8. Mi 6X
  9. Mi 8
  10. Mi 8 SE
  11. Mi Max
  12. Mi Max 2
  13. Mi Max Prime
  14. Mi Mix
  15. Mi Mix 2
  16. Mi Mix 2S
  17. Mi Note 2
  18. Mi Note 3
  19. Redmi 4X
  20. Redmi 5
  21. Redmi 5A
  22. Redmi 5 Plus
  23. Redmi 5s
  24. Redmi Note 4X
  25. Redmi Note 5
  26. Redmi Note 5A
  27. Redmi Note 5A Prime
  28. Redmi S2/Y2

TIPS & ULASAN